Tuesday, August 11, 2009

SANGKA-SANGKA

Manusia hari ini suka sangka-sangka

Ada sangkaan baik

Ada sangkaan buruk


Orang yang beribadah disangka riak

Orang yang rileks disangka malas

Orang yang diam disangka sombong

Orang yang senyum disangka mengejek

Orang yang masam disangka merajuk

Orang yang berkumpul disangka mengumpat

Orang yang diam disangka sombong

Orang yang menawan disangka bersusuk

Orang yang ceria disangka membela


Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada ALLAH

Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah

Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa

Mana tahu yang berkumpul itu kerana berkongsi ilmu

Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya

Mana tahu yang ceria itu kerana pemikiran positifnya


Tentu hidup lebih indah tanpa prasangka

Kerana ia pemusnah ukhwah

Ibarat musnah kayu dimamah bubuk


Satu benda yang kita lihat

Berbagai kesimpulan dibuat

Namun

Semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya

No comments:

Post a Comment